awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 terkorban dalam insiden serangan resort di Ivory Coast

Agensi
Agensi
14/03/2016
01:39 MYT
16 terkorban dalam insiden serangan resort di Ivory Coast
Seorang remaja yang cedera sedang dikawal anggota tentera di sekitar kawasan berlaku serangan. - Foto AFP
Sejumlah 16 orang disahkan terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di Grand-Bassam, Ivory Coast pada Ahad, lapor AFP.
Dalam serangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Al-Qaeda itu, mayat-mayat mangsa tembakan dilaporkan bergelimpangan di pantai sekali gus meningkatkan ketakutan umum mengenai ancaman pengganas di Afrika Barat.
Presiden Ivory Coast Alasanne Ouattara berkata, 14 orang awam dan dua anggota pasukan khas telah terkorban dalam insiden tembak-menembak yang menyasarkan tiga buah hotel tersebut.
Seorang warga Perancis dan seorang warga Jerman adalah antara mereka yang terbunuh, kata Menteri Dalam Negeri Hamed Bakayoko.
Salah satu mangsa yang terkena tembakan di pantai setelah sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di Grand-Bassam. - Foto AFP/Sia-Kambou
Salah satu mangsa yang terkena tembakan di pantai setelah sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di Grand-Bassam. - Foto AFP/Sia-Kambou
Pemantau perisikan Amerika Syarikat, SITE, berkata sekutu Al-Qaeda di bahagian Afrika Utara telah mengaku bertanggungjawab dalam serangan di pusat peranginan yang popular dalam kalangan ekspatriat Barat berkenaan.
Kumpulan penyerang yang dikenali dengan label Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM ) itu dalam satu kenyataan memberitahu bahawa tiga pejuangnya telah terbunuh, sementara Ouattara pula mendedahkan enam penyerang disahkan mati.
“Impak daripada insiden ini sangat besar,” ujar Ouattara sejurus beliau tiba di Grand-Bassam, yang terletak di Teluk Guinea kira-kira 40 kilometer ke timur Abidjan.
Presiden Perancis Francois Hollande mengecam serangan yang disifatkan sebagai perbuatan pengecut itu, selain menawarkan sokongan kepada kerajaan Ivory Coast dalam memburu pengganas. Siasatan menegnai insiden berkenaan kini sedang berlangsung.
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#seragan pengganas di pusat peranginan
#serangan di Ivory Coast
#tembak-menembak Ivory Coast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan