awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan

Bernama
Bernama
10/02/2026
12:10 MYT
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
Tiong berharap MAHB dapat menyediakan lebih banyak lot kedai yang menawarkan makanan tempatan selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi dipromosikan kepada pelancong. - Gambar MAHB
SEPANG: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencari kaedah bagi memastikan harga barangan dan makanan di lapangan terbang kendaliannya dapat ditawarkan pada kadar berpatutan.

Ringkasan AI
  • MOTAC mencadangkan MAHB mencari kaedah untuk menawarkan harga barangan dan makanan di lapangan terbang pada kadar berpatutan berdasarkan rungutan pelancong dan orang ramai.
  • Menteri Tiong King Sing berharap MAHB dapat menyediakan lebih banyak lot kedai makanan tempatan bagi dipromosikan kepada pelancong, selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Kempen ShopLAH oleh MAHB di lapangan terbang memberi peluang kepada produk tempatan seperti Sense of Malaysia, Kapten Batik, dan Royal Selangor, menjadikan lapangan terbang sebagai ruang menghubungkan pelancongan dan identiti negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata kementeriannya menerima rungutan daripada pelancong dan orang ramai yang mendakwa harga barangan dan makanan di lapangan terbang adalah lebih mahal daripada kedai luar.
"Saya ada berbincang bersama (penyewa) outlet berkenaan perkara ini dan mereka maklumkan kalau boleh sewaan (kadar) dipertimbangkan, kemungkinan harga jualan boleh diturunkan.
"Bagaimanapun saya serahkan kepada peringkat pengurusan untuk mengadakan perbincangan mengenainya," katanya kepada media selepas majlis pelancaran ShopLAH by MAHB di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani.
Selain itu, beliau berharap MAHB dapat menyediakan lebih banyak lot kedai yang menawarkan makanan tempatan selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi dipromosikan kepada pelancong.
Mengenai ShopLAH, Tiong berkata kempen anjuran MAHB di beberapa lapangan terbang kendalian pihak itu dapat memberikan pengalaman kepada pelancong yang baru tiba di pintu masuk utama negara.
Sementara itu, Mohd Izani berkata kempen ShopLAH memberi peluang kepada produk tempatan seperti Sense of Malaysia, Kapten Batik dan Royal Selangor, yang mencerminkan identiti negara, mudah diakses oleh pelancong di lapangan terbang.
"ShopLAH menggabungkan nilai, identiti tempatan dan elemen digital antaranya penambahbaikan melalui Tourist Privilege Card dalam aplikasi MYAirports serta kolaborasi bersama artis tempatan dalam koleksi cenderamata khas," katanya.
Beliau berkata selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kempen itu turut dilaksanakan di lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB di Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching yang bermatlamat menjadikan lapangan terbang sebagai ruang menghubungkan pelancongan, perniagaan serta identiti negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#MAHB
#pelancongan
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan