awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

176 maut akibat banjir di timur Congo

Bernama
Bernama
06/05/2023
04:41 MYT
176 maut akibat banjir di timur Congo
Di wilayah Kalehe, Kivu Selatan, kampung yang terjejas teruk adalah Bushushu dengan 70 kematian diikuti Nyamukubi, dengan sekurang-kurangnya 67 korban. - Video REUTERS
KIGALI (Rwanda): Sekurang-kurangnya 176 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera pada Jumaat akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di timur Congo, lapor Agensi Anadolu.
"Kejadian banjir menyebabkan tebing Sungai Chibira pecah hingga memusnahkan bangunan serta orang ramai dilaporkan tertimbus dalam runtuhan," Gabenor Wilayah Theo Ngwabidje Kasi Ngwabidje memberitahu pemberita mengenai situasi di wilayah Kalehe, Kivu Selatan pada Khamis.
Kampung yang terjejas teruk adalah Bushushu dengan 70 kematian diikuti Nyamukubi, dengan sekurang-kurangnya 67 korban.
Pentadbir Wilayah Kalehe, Thomas Bakenge berkata lebih 500 rumah musnah, menyebabkan ratusan penduduk hilang tempat tinggal.
Bencana di Congo berlaku beberapa hari selepas kejadian banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan 140 orang di Rwanda dan barat Uganda awal minggu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#timur Congo
#banjir
#hujan lebat
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan