awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 6 cedera selepas struktur jejambat runtuh di Jepun

Bernama
Bernama
06/07/2023
09:23 MYT
2 maut, 6 cedera selepas struktur jejambat runtuh di Jepun
Kemalangan itu dilaporkan kepada polis oleh orang awam yang mendengar bunyi kuat ketika struktur keluli itu runtuh. - Gambar hiasan/iStock
TOKYO: Dua pekerja binaan maut manakala enam lagi cedera selepas struktur lebuh raya bertingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh pada Khamis, di bandar Shizuoka, Jepun, lapor Xinhua.
Pada 3.10 pagi waktu tempatan, kemalangan itu dilaporkan kepada polis oleh orang awam yang mendengar bunyi kuat ketika struktur keluli itu runtuh. Kejadian berlaku di daerah Obane di Shimizu Ward.
Dua pekerja lelaki berusia 50-an disahkan meninggal dunia, lapor Japan Times memetik polis tempatan, sambil menambah dua lagi pekerja cedera parah.
Menurut polis, rangka keluli sepanjang 65 meter seberat kira-kira 140 tan yang membentuk asas jalan raya bertingkat itu jatuh dari ketinggian sembilan meter.
Kira-kira 30 pekerja berada di lokasi ketika kemalangan berlaku, menurut Pejabat Lebuhraya Nasional Shizuoka.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jejambat runtuh
#Jepun
#Shizuoka
#lebuh raya bertingkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan