awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 maut dalam dua letupan di Kabul

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2018
10:34 MYT
21 maut dalam dua letupan di Kabul
Sekurang-kurangnya 21 terbunuh apabila dua letupan bunuh diri menggegarkan Kabul semalam. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya 21 terbunuh, termasuk ketua jurugambar agensi berita Agence France-Presse (AFP) Shah Marai dan tiga lagi wartawan apabila dua letupan bunuh diri menggegarkan Kabul semalam.
Jurucakap Kementerian kesihatan, Wahid Majroh, memberitahu saluran televisyen persendirian terbesar negara itu, Tolonews, sekurang-kurangnya 27 lagi cedera dan dikejarkan ke hospital, memberi amaran sebahagiannya dalam keadaan kritikal dan angka kematian mungkin bertambah.
Letupan kedua berlaku beberapa minit selepas kejadian pertama yang mensasarkan wartawan di lokasi, kata jurucakap polis, Kabul Hashmat Stanikzai.
“Pengebom menyamar sebagai wartawan dan meletupkan diri dalam kalangan orang ramai,” katanya.
Sumber keselamatan juga mengesahkan kedua-dua kejadian adalah letupan bunuh diri.
Tiada kumpulan tampil mengaku melancarkan serangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#AFP
#Agence France-Presse
#Hashmat Stanikzai
#Kabul
#letupan
#letupan bunuh diri
#Wahid Majroh
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan