awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza

Bernama
Bernama
09/03/2024
04:37 MYT
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Unicef memberi amaran bahawa peningkatan mendadak dalam kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Gaza menimbulkan "ancaman serius" kepada kesihatan mereka. - Gambar fail/Reuters
BANDARAYA GAZA: Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Jumaat malam.
Jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra berkata kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Al-Shifa, menjadikan jumlah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan kepada 23 orang sejak 7 Okt lepas, lapor Agensi Anadolu.
Kebanyakan kanak-kanak itu meninggal dunia di hospital di utara Gaza yang kini dikepung tentera rejim menyebabkan penduduk Palestin berada di ambang kebuluran, menurut kenyataan kementerian sebelum ini.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada 19 Feb memberi amaran bahawa peningkatan mendadak dalam kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak di Gaza menimbulkan "ancaman serius" kepada kesihatan mereka.
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan lebih 30,800 orang dan 73,00 lagi cedera selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak Palestin maut
#kekurangan zat makanan
#Gaza
#UNICEF
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan