awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Piala Uber: Ini reaksi Pearly Tan usai tarik diri, tekad bangkit lebih kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah lepas jawatan ketua pembangkang demi kebaikan PN - Takiyuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2026
23:46 MYT
Hamzah lepas jawatan ketua pembangkang demi kebaikan PN - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, PN akan menghantar surat pemaklumkan mengenai kekosongan jawatan ketua pembangkang ke Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat. - Foto Sinar Harian
Keputusan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dibuat demi memastikan suasana lebih harmoni serta memperkukuh perjalanan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan yang memaklumkan bahawa alasan tersebut dinyatakan dalam surat peletakan jawatan yang dihantar kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ahad.
Menurut beliau, tindakan Hamzah itu bertujuan mewujudkan suasana lebih baik dalam gabungan pembangkang utama negara.
"Kelmarin kita terima surat. Pengerusi PN menerima surat daripada Hamzah yang telah mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang dengan alasan ingin melihat suasana yang lebih baik.
"Dalam surat itu juga, beliau berharap tindakannya itu dapat memudahkan proses dalam PN sekali gus memastikan kelancaran pentadbiran dan keharmonian dalam gabungan pembangkang utama negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini pada Ahad.
Dalam pada itu Takiyuddin berkata, PN akan menghantar surat pemakluman mengenai kekosongan jawatan ketua pembangkang ke Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
"Saya akan tulis surat kepada Speaker menyatakan kerusi Ketua Pembangkang itu kosong.
"Ia akan diisi apabila kita (PN) ada calon yang akan dikemukakan nanti," katanya.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, pada Sabtu Pengerusi PN menerima surat daripada Hamzah memaklumkan perletakan jawatan Ketua Pembangkang.
Katanya, Pas sudah mempunyai calon yang sesuai untuk menggantikan Hamzah.
"Perkara itu dalam peringkat perbincangan dan belum diputuskan lagi," katanya.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan, teka-teki mengenai status jawatan Ketua Pembangkang akhirnya terjawab apabila Ahmad Samsuri mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan tersebut.
Susulan itu katanya, Takiyuddin telah diarahkan untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Pembangkang
#letak jawatan
#Hamzah Zainudin
#Takiyuddin Hassan
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan