awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS menjelang anggaran awal KDNK suku pertama esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Uber: Ini reaksi Pearly Tan usai tarik diri, tekad bangkit lebih kuat

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2026
09:13 MYT
Piala Uber: Ini reaksi Pearly Tan usai tarik diri, tekad bangkit lebih kuat
Pearly meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat bersama pasukan di pentas berprestij itu. - Stadium Astro
PEMAIN beregu wanita negara, Pearly Tan, mengumumkan penarikan dirinya daripada saingan Piala Uber 2026 susulan kecederaan belakang yang dialaminya.
Dalam satu kenyataan penuh emosi, Pearly meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat bersama pasukan di pentas berprestij itu.
“Kecederaan yang sama pernah hampir menamatkan karier saya tiga tahun lalu, dan itu menjadikan situasi kali ini lebih sukar untuk saya hadapi,” tulisnya di media sosial.
Beliau mengakui keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila semangatnya sentiasa mahu berjuang di gelanggang. Namun, keadaan fizikal memaksanya untuk berehat demi pemulihan jangka panjang.
“Saya tidak mahu keluarga terus risau dengan keadaan saya. Buat masa ini, saya perlu memberi fokus sepenuhnya kepada proses pemulihan,” tambahnya lagi.
Walaupun tidak dapat beraksi, sokongannya terhadap rakan sepasukan tetap utuh dan beliau akan terus memberikan semangat dari jauh.
Mengakhiri kenyataannya, Pearly berjanji akan kembali lebih kuat serta berharap dapat kembali ke gelanggang dengan tubuh yang sihat.
Semangat juang dan dedikasinya terus menjadi inspirasi buat peminat sukan tanah air.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum itu mengesahkan bahawa pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, tidak akan menyertai skuad kebangsaan ke Piala Uber 2026 akibat kecederaan.
Keputusan tersebut diumumkan selepas penilaian terakhir terhadap tahap kecergasan pemain berkenaan yang didapati belum mencapai tahap optimum untuk beraksi di pentas kompetitif.
Pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat demi memastikan kekuatan keseluruhan pasukan tidak terjejas. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan