awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/04/2026
13:13 MYT
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
Tunku Nashrul turut menyifatkan dakwaan bahawa panggilan telefon antara pemimpin sebagai 'diplomasi biasa' sebagai tidak tepat. - Gambar fail/Astro AWANI

Orang ramai diingatkan supaya tidak memperlekehkan usaha diplomasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana kepentingan politik sempit, kata Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah.

Merujuk kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, beliau berkata, dalam landskap global hari ini, kepimpinan memerlukan komunikasi langsung dan segera antara pemimpin dunia, bukan sekadar bergantung kepada sidang rasmi.

"Perkembangan semasa menunjukkan amalan diplomasi kini lebih tangkas dan tidak lagi terikat kepada kerangka formal semata-mata.

"Sebagai contoh, Perdana Menteri sendiri menerima panggilan daripada Perdana Menteri Pakistan lebih awal sebelum tampil sebagai orang tengah rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.

"Amalan ini bukan asing apabila pemimpin dunia berhubung terus bagi menyelaras respons dan meredakan ketegangan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Tambah Tunku Nashrul, hujah Haim Hilman sewaktu sidang DUN Kedah, baru-baru ini tidak mencerminkan realiti dunia hari ini yang bergerak dalam landskap krisis yang pantas, kompleks dan saling berkait.

Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa panggilan telefon antara pemimpin sebagai 'diplomasi biasa' sebagai tidak tepat.

Sebaliknya kata beliau, dalam situasi mencabar apabila ratusan kapal dari pelbagai negara terkandas, hanya segelintir berjaya melepasi laluan berkenaan, termasuk Malaysia yang antara terawal berbuat demikian hasil pendekatan strategik dan berkesan.

"Ini membuktikan keupayaan Diplomasi MADANI yang mengutamakan keselamatan serta kepentingan negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kenyataan berkenaan juga dilihat masih terikat dengan pendekatan lama yang tidak selari dengan perkembangan semasa.

"Dalam era teknologi hari ini, rakyat bukan lagi sekadar penonton, sebaliknya pemegang taruh yang berhak mengetahui bagaimana kerajaan bertindak dalam melindungi ekonomi dan keselamatan negara," katanya.

Terdahulu, Haim Hilman yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah menyifatkan tindakan Perdana Menteri menghubungi pemimpin negara lain sebagai perkara biasa dan tidak wajar dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#konflik Asia Barat
#DUN Kedah
#Iran
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan