awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden

Bernama
Bernama
16/04/2026
15:27 MYT
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
Lima dron terma berteknologi tinggi terbang di atas kediaman presiden dan keluarganya pada Ahad malam hingga Isnin. - Reuters
Pejabat Presiden Madagascar memaklumkan dalam satu sidang media pada Rabu bahawa terdapat cubaan pembunuhan yang menyasarkan Presiden Michael Randrianirina, ekoran penerbangan dron terma di atas kediamannya, lapor Xinhua.
Menurut Pengarah Komunikasi di Pejabat Presiden Harry Laurent Rahajason, lima dron terma berteknologi tinggi terbang di atas kediaman presiden dan keluarganya pada Ahad malam hingga Isnin.
Dron itu, yang mampu mengesan bahagian dalam sesebuah kediaman, dipercayai digunakan untuk operasi pengawasan serta membantu mengenal pasti sasaran bagi cubaan pembunuhan. Ia bagaimanapun, berjaya dikesan dan diganggu hasil sistem anti-dron yang dipasang di kediaman presiden.
Rahajason turut mendedahkan mengenai satu lagi rancangan untuk membakar bangunan Dewan Negara yang dijadualkan pada Sabtu, turut berjaya digagalkan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Presiden Madagascar
#Michael Randrianirina
#cubaan bunuh
#politik
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan