awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2023
23:30 MYT
24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar
Kemusnahan akibat puting beliung dan angin kencang yang melanda Rolling Fork di Mississippi, AS. - Foto REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden meluluskan pengisytiharan darurat di Mississippi pada Ahad selepas ribut melanda negeri itu dan meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa termasuk seorang di Alabama.
Pengisytiharan ini akan membolehkan bantuan kecemasan disalurkan segera kepada penduduk terjejas.
Sekurang-kurangya 24 puting beliung dilaporkan melanda Mississippi sejak Jumaat sehingga Sabtu sehingga mencetuskan kemusnahan besar.
Setakat ini, 25 orang disahkan maut, manakala puluhan lagi cedera.
Jurucakap Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan AS melaporkan, puting beliung itu membadai selama kira-kira sejam dan mencetuskan kemusnahan dan kerosakan sehingga lebih 170 kilometer.
Menurut pihak berkuasa Mississippi, puting beliung itu menyebabkan ratusan rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk.
Rakaman drone menunjukkan, bandar Rolling Fork antara kawasan paling teruk terjejas dengan sebahagian besar bangunan dan rumahnya musnah.
Bandar yang mempunyai 1,900 penduduk hampir diratakan oleh puting beliung.
Sekurang-kurangnya 12 dilaporkan terbunuh di Rolling Fork sahaja.
Berikutan tragedi itu, Gabenor Tate Reeves mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#puting beliung
#darurat
#Kemusnahan
#bantuan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan