awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru

Bernama
Bernama
30/04/2024
02:15 MYT
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Operasi menyelamat masih diteruskan yang menghadapi kesukaran untuk akses ke lokasi insiden akibat jurang yang dalam. - Foto X/Xinhua
LIMA: Seramai 25 orang terbunuh dan 13 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 300 meter di utara Peru pada Ahad malam, menurut pihak berkuasa pada Isnin.
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan di lebuh raya Celendin, di jabatan Cajamarca, lapor Xinhua memetik ketua polis di wilayah Celendin, Hugo Uriarte, yang memberitahu media tempatan.
Beliau berkata bas itu berlepas dengan 35 penumpang tetapi mengambil lebih ramai individu di sepanjang laluan itu.
Operasi menyelamat masih diteruskan yang menghadapi kesukaran untuk akses ke lokasi insiden akibat jurang yang dalam, kata Uriarte.
Ketua Komunikasi wilayah Celendin, Jaime Herrera memberitahu TV Peru yang dikendalikan kerajaan bahawa bas itu yang terdampar di Sungai Sendamal, menyebabkan beberapa penumpang hanyut dibawa arus.
Sebahagian daripada mangsa yang terselamat termasuk pemandu bas, mengalami kecederaan serius dan telah diangkut ke hospital di Celendin dan Cajamarca.
Pihak berkuasa sedang mengumpulkan maklumat daripada mangsa yang terselamat untuk menentukan punca kemalangan itu.
Bandar Celendin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dalam satu kenyataan dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh. Ia juga mengisytiharkan tempoh berkabung selama 72 jam di seluruh wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas penumpang
#gaung
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan