awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA

Bernama
Bernama
02/07/2024
15:30 MYT
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Selasa. - Foto AP
GENEVA: Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
  • Penduduk Palestin kini menuju ke zon kemanusiaan di kawasan Al-Mawasi di bahagian barat bandar Gaza.
  • Serangan Israel sejak 7 Oktober menyebabkan sekurang-kurangnya 37,900 penduduk Palestin terkorban dan 87,060 lagi cedera.

Menurut UNRWA, penduduk Palestin itu kini menuju ke zon kemanusiaan di bahagian barat bandar itu, yang dikenali sebagai kawasan Al-Mawasi, lapor Agensi Anadolu.
"Sudah tentu kami menjangkakan jumlah ini (penduduk terjejas) akan meningkat," kata seorang pegawai komunikasi kanan agensi itu yang menyertai taklimat PBB secara maya dari tengah Gaza.
Menyifatkan perintah pengosongan sebagai "satu lagi tamparan hebat kepada respons kemanusiaan", Louise Wateridge menegaskan bahawa membuat keputusan seperti ke mana hendak pergi "kini mustahil."
Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lepas mengakibatkan sekurang-kurangnya 37,900 penduduk Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 87,060 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Palestin
#perintah pengosongan
#Khan Younis
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan