awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
05:30 MYT
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 67 tahun, dengan pertuduhan termasuk menyerang polis, menghalang tugas penjawat awam dan ingkar arahan. -Gambar Reuters
SYDNEY: Polis Australia mendakwa sembilan individu susulan kekecohan yang tercetus ketika demonstrasi anjuran kumpulan Palestine Action Group (PAG) di kawasan Town Hall, Sydney pada Isnin malam.

Ringkasan AI
  • Polis Australia mendakwa sembilan individu susulan kekecohan semasa demonstrasi anjuran Palestine Action Group di Sydney, dengan pertuduhan termasuk menyerang polis dan ingkar arahan.
  • Kekecohan berlaku apabila 6,000 penunjuk perasaan cuba berarak ke Parlimen New South Wales walaupun kawasan berada di bawah larangan sementara, menyebabkan polis menggunakan langkah kawalan termasuk semburan lada.
  • Insiden itu menyebabkan 27 orang ditahan, lima awam dibawa ke hospital, dan dua anggota polis menerima rawatan, mencetuskan perdebatan tentang tindakan polis dalam mengawal perhimpunan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Demonstrasi dianjurkan PAG bagi membantah kehadiran Presiden Israel Isaac Herzog susulan insiden tembakan rambang di Bondi Beach ketika perayaan Hanukkah pada 14 Disember lalu.
Mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 67 tahun, dengan pertuduhan termasuk menyerang polis, menghalang tugas penjawat awam dan ingkar arahan.
Kekecohan berlaku apabila kira-kira 6,000 penunjuk perasaan yang berkumpul di George Street cuba berarak ke Parlimen New South Wales walaupun kawasan tersebut berada di bawah larangan sementara yang dikuatkuasakan awal Februari selepas insiden serangan di Bondi Beach.
Polis berkata beberapa arahan bersurai telah dikeluarkan, namun sebahagian peserta enggan beredar, memaksa pegawai menggunakan langkah kawalan termasuk menyuraikan orang ramai dengan semburan lada.
Dalam insiden itu, 27 orang ditahan di lokasi — termasuk 10 kerana menyerang polis — manakala paramedik merawat mereka yang terkesan akibat bahan kawalan rusuhan tersebut.
Lima orang awam dibawa ke hospital, dan dua anggota polis menerima rawatan di tempat kejadian.
Seorang lelaki berusia 28 tahun turut ditahan tanpa jaminan dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.
Beberapa suspek lain dibenarkan ikat jamin dan akan hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat, sementara polis sedang mengenal pasti enam lagi individu untuk tindakan susulan.
Insiden ini turut mencetuskan perdebatan mengenai kaedah polis menangani perhimpunan, namun pihak berkuasa mempertahankan tindakan mereka dengan menegaskan pegawai berada dalam situasi yang dianggap mengancam keselamatan serta perlu menggunakan kuasa sewajarnya bagi mengawal keadaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang menyebabkan kekecohan berlaku semasa demonstrasi anjuran kumpulan Palestine Action Group (PAG) di Sydney? A: Kekecohan berlaku apabila kira-kira 6,000 penunjuk perasaan cuba berarak ke Parlimen New South Wales walaupun kawasan tersebut berada di bawah larangan sementara melalui Public Assembly Restriction Declaration (PARD) dan Major Events Act.
  • Q: Berapakah bilangan individu yang ditahan susulan protes ganas tersebut? A: Sebanyak sembilan individu telah ditahan, dengan pertuduhan termasuk menyerang polis, menghalang tugas penjawat awam, dan ingkar arahan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh polis untuk mengawal keadaan semasa demonstrasi tersebut? A: Polis telah mengeluarkan beberapa arahan bersurai namun sebahagian peserta enggan beredar, memaksa pegawai menggunakan langkah kawalan termasuk menyuraikan orang ramai dengan semburan lada.
  • Q: Bagaimanakah kesan kekecohan tersebut kepada pihak yang terlibat? A: Dalam insiden itu, 27 orang ditahan di lokasi termasuk 10 kerana menyerang polis, lima orang awam dibawa ke hospital, dan dua anggota polis menerima rawatan di tempat kejadian.
  • Q: Mengapakah terdapat perdebatan mengenai kaedah polis menangani perhimpunan tersebut? A: Insiden ini mencetuskan perdebatan mengenai kaedah polis menangani perhimpunan, namun pihak berkuasa mempertahankan tindakan mereka dengan menegaskan pegawai berada dalam situasi yang dianggap mengancam keselamatan serta perlu menggunakan kuasa sewajarnya bagi mengawal keadaan.

Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Australia
#Penunjuk perasaan
#protes anti-Israel
#Palestine Action Group PAG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami