awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMS nafi terlibat anjur persidangan palsu, nama universiti disalah guna
Tiada halangan potong gaji menteri jika ekonomi semakin meruncing - PM Anwar
PM Anwar junjung kasih titah Sultan Kedah, kembalikan keistimewaan Pulau Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia kilang didakwa dera anak rakan sampai mati

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/04/2026
05:54 MYT
Penyelia kilang didakwa dera anak rakan sampai mati
Pertuduhan ke atas Mohd Syahril Nazrul Ruslim dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh. - Gambar Astro AWANI/ Shahir Omar

Seorang penyelia kilang yang dipercayai rakan kepada bapa seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang maut akibat didera, didakwa di Mahkamah Majistret Klang, di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Syahril Nazrul Ruslim, 37, didakwa membunuh Muhammad Arsya kira-kira jam 3.30 petang di sebuah unit di Vista Indah Apartment, Klang, pada 6 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Tertuduh yang kelihatan tenang hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Karthiyayini Ambualagan kemudian menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen termasuk laporan forensik.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa dibawa ke Zon Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia selepas usaha rawatan resusitasi awal dijalankan oleh pasukan perubatan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan keesokan harinya mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Topic Berkaitan
#dera
#bunuh
#polis
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan