awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM
Selat Hormuz dibuka: 'Terima kasih, sekatan Iran kekal hingga rundingan selesai' - Trump
PKR ucap tahniah Kedah turut laksana dasar penjimatan dalam perbelanjaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMS nafi terlibat anjur persidangan palsu, nama universiti disalah guna

Bernama
Bernama
17/04/2026
10:15 MYT
UMS nafi terlibat anjur persidangan palsu, nama universiti disalah guna
UMS menasihati orang ramai khususnya warga akademik supaya sentiasa membuat semakan sewajarnya bagi memastikan kesahihan mana-mana program, seminar atau persidangan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan universiti terbabit.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penganjuran persidangan yang menggunakan nama universiti itu tanpa kebenaran.
Menurut Pusat Komunikasi Korporat UMS, terdapat beberapa laman sesawang mempromosikan program seperti International Global Multidisciplinary Engineering Conference (IGMEC) dan International Conference on Biomedical Engineering & Instrumentation (ICBEI), dengan mendakwa ia dianjurkan UMS, sedangkan perkara itu tidak benar.
Menurut UMS, laman sesawang itu turut menggunakan nama pensyarahnya termasuk Prof Rodeano Roslee sebagai pengucaptama tanpa pengetahuan atau kebenaran pihak universiti mahupun individu terbabit.
Sehubungan itu, UMS menegaskan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama universiti, fakulti atau kakitangan akademik bagi tujuan mempromosikan program berkenaan.
“UMS memandang serius perkara ini kerana ia berpotensi mengelirukan orang awam serta mencemarkan reputasi universiti. Justeru, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” menurut kenyataan itu hari ini.
UMS turut menasihati orang ramai khususnya warga akademik supaya sentiasa membuat semakan sewajarnya bagi memastikan kesahihan mana-mana program, seminar atau persidangan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan universiti terbabit.
“Pihak universiti juga menggesa orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti seumpamanya atau penggunaan nama UMS yang mencurigakan kepada pihak universiti bagi tujuan pengesahan dan tindakan segera.
“Segala maklumat rasmi berkaitan program universiti hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi UMS,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Universiti Malaysia Sabah
#UMS
#persidangan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan