awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hishammuddin, KJ, Syed Hamid bersama 6,252 ahli sah kembali kepada UMNO
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM
Eropah mungkin hadapi pembatalan penerbangan hujung Mei akibat kekurangan bahan api jet – IATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM

Bernama
Bernama
17/04/2026
14:38 MYT
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM
Pada 11 Feb, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang Ketua Pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi. - Gambar fail
Ketua Pengarah dan seorang pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah minggu depan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM di sini, berkata pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu dijangka dilakukan pada Rabu atau Khamis depan.
Pada 11 Feb, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang Ketua Pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi.
Dalam pada itu, Azam turut memaklumkan SPRM berjaya memulihkan lebih 70 peratus aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB), iaitu RM30 bilion daripada keseluruhan RM42 bilion.
Beliau berkata kadar pemulihan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia berbanding purata global yang mencatatkan kurang daripada 30 peratus.
Beliau berkata kerajaan menerusi SPRM berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai hampir RM800,000, yang dibeli menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan, selain sedang mengusahakan pemulangan tujuh lagi karya dari rumah lelong Christie’s di Amerika Syarikat.
Selasa lepas, SPRM memaklumkan empat karya seni yang telah dibawa pulang ialah Composition (1953) hasil karya Joan Miró; Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St. Vincent, Montmartre (1934) oleh Maurice Utrillo; Etude pour femme couchée (1948) oleh Balthus serta L’Ecuyere et les clowns (1961) karya Pablo Picasso.
Kesemua karya seni itu kini ditempatkan di lokasi khas dengan kawalan keselamatan ketat bagi proses penstabilan persekitaran dan pemeliharaan optimum.
Proses pembukaan, pengesahan dan penilaian selanjutnya akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#JUPEM
#rumah lelong
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan