awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM
Selat Hormuz dibuka: 'Terima kasih, sekatan Iran kekal hingga rundingan selesai' - Trump
PKR ucap tahniah Kedah turut laksana dasar penjimatan dalam perbelanjaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR ucap tahniah Kedah turut laksana dasar penjimatan dalam perbelanjaan

Bernama
Bernama
17/04/2026
13:26 MYT
PKR ucap tahniah Kedah turut laksana dasar penjimatan dalam perbelanjaan
Tunku Nashrul berkata dalam suasana krisis yang semakin kompleks dan saling berkait, kerajaan negeri tidak boleh terus terperangkap dalam politik sensasi atau kenyataan populis. - Gambar fail
PKR mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan turut melaksanakan dasar penjimatan dalam perbelanjaan bagi pengurusan kewangan negeri.
Pengarah Komunikasi PKR Kedah Tunku Nashrul Abaidah berkata tindakan itu sekali gus mengambil pendirian untuk selari dengan pendekatan yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dasar itu adalah bagi pengurusan kewangan negeri serta langkah menghadapi tekanan kos dan krisis tenaga global.
"Langkah ini, walaupun lewat, tetap dialu-alukan kerana sekurang-kurangnya ia mengakui bahawa pendekatan matang, berhemat dan berpaksikan realiti seperti yang digariskan Kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi satu keperluan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam suasana krisis yang semakin kompleks dan saling berkait, kerajaan negeri tidak boleh terus terperangkap dalam politik sensasi atau kenyataan populis.
"Keutamaan mesti beralih kepada penyelesaian yang tuntas, praktikal dan bertanggungjawab, sebagaimana yang telah lama ditunjukkan di peringkat Persekutuan.
"Ironinya, pendekatan ini pernah dipersoal dan diperkecilkan. Hari ini, pendekatan yang sama dijadikan sandaran. Jika ini permulaan kepada perubahan tersebut, maka ia wajar disokong, meskipun mengambil masa untuk sampai ke tahap ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Tuntas
#tekanan kos
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan