awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut pesawat berlanggar di Australia

Bernama
Bernama
26/10/2024
11:05 MYT
3 maut pesawat berlanggar di Australia
Polis di negeri New South Wales (NSW) mengesahkan pada Sabtu petang bahawa tiga lelaki ditemukan mati di tempat kejadian. - Gambar/ AP
SYDNEY: Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.
Pasukan kecemasan dipanggil ke Belimbla Park, kira-kira 65 kilometer barat daya pusat bandar Sydney, sejurus sebelum tengah hari waktu tempatan susulan laporan bahawa dua pesawat telah bertembung dan terhempas.
Polis di negeri New South Wales (NSW) mengesahkan pada Sabtu petang bahawa tiga lelaki ditemukan mati di tempat kejadian.
Dua kawasan kejadian nahas yang berdekatan telah ditubuhkan di lokasi pesawat-pesawat terlibat terhempas.
Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan bahawa salah satu pesawat itu terbakar sejurus selepas pelanggaran.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), badan kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab menyiasat kemalangan berkaitan pengangkutan, berkata dalam satu kenyataan bahawa pesawat yang terlibat dalam pelanggaran itu ialah Jabiru dan Cessna 182.
"Satu pasukan penyiasat keselamatan pengangkutan daripada pejabat ATSB di Canberra, yang mempunyai pengalaman dalam operasi dan penyelenggaraan pesawat, sedang bersiap untuk dihantar ke lokasi nahas kedua-dua pesawat bagi memulakan aktiviti pengumpulan bukti," katanya.
Dalam beberapa hari akan datang, penyiasat akan menjalankan pemetaan tapak, memeriksa bangkai kedua-dua pesawat, dan mengumpul sebarang komponen yang berkaitan untuk pemeriksaan lanjut di kemudahan teknikal ATSB di Canberra."
Polis menasihatkan penduduk tempatan supaya menjauhi kawasan kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan pesawat
#pesawat terhempas
#angka korban
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan