awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

37 migran hilang selepas kapal karam antara Tunisia dan Itali - PBB

Agensi
Agensi
23/06/2023
21:30 MYT
37 migran hilang selepas kapal karam antara Tunisia dan Itali - PBB
Gambar fail menunjukkan sekumpulan migran menyelamatkan diri di Pulau Lampedusa dalam satu tragedi kapal karam pada 11 Ogos 2022. - Gambar fail AP
ROME: Seramai 37 pendatang asing dilaporkan hilang setelah kapal dinaiki mereka terbalik antara Tunisia dan Pulau Lampedusa, Itali, kata Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), pada Jumaat.
IOM merujuk pada keterangan empat mangsa yang terselamat daripada kejadian kapal karam tersebut.
IOM yang juga sebuah badan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kesemua individu yang selamat itu berasal dari sub-Sahara Afrika yang tiba di Lampedusa pada Khamis malam setelah diselamatkan oleh kapal lain.
Mangsa yang terselamat memberitahu IOM, seramai 46 penumpang berlepas dari pelabuhan Sfax, Tunisia menuju ke Itali.
Bagaimanapun, kapal mereka terbalik akibat cuaca buruk.
Menurut mereka lagi, lima penumpang dari kapal sama telah diselamatkan oleh kapal lain, sementara 37 orang lain yang hilang dikhuatiri telah meninggal dunia, termasuk tujuh wanita dan seorang kanak-kanak, kata jurucakap IOM di Itali kepada Reuters.
Terdahulu, Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian mengemukakan laporan yang sama mengenai kejadian kapal karam itu, tetapi menyebut mangsa yang dikhuatiri hilang adalah seramai 40 orang, bukan 37.
Terdapat peningkatan pendatang asing melalui Laut Mediterranean dari Tunisia pada tahun ini selepas tindakan keras oleh pihak Tunisia terhadap migran dari sub-Sahara Afrika yang tinggal di negara itu secara haram selain dan laporan tercetus serangan berunsur perkauman di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.
Sekurang-kurangnya 12 migran Afrika hilang sementara tiga lagi meninggal dunia selepas tiga buah kapal tenggelam di Tunisia, menurut pegawai kehakiman pada Khamis, manakala penjaga pantai negara tersebut telah menyelamatkan 152 orang lain.
Tidak jelas juga, sama ada empat mangsa terselamat itu yang menceritakan kisah mereka kepada IOM merupakan mangsa daripada salah sebuah daripada tiga kapal karam itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#kapal karam
#37 migran hilang
#Tunisia - Itali
#Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan