awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut, 15 cedera dalam kejadian letupan bom di Quetta Pakistan

Bernama
Bernama
31/12/2021
04:49 MYT
4 maut, 15 cedera dalam kejadian letupan bom di Quetta Pakistan
Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Foto AP
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan, pada Khamis, menurut pegawai hospital.
Jurucakap Hospital Awam Quetta, Waseem Baig memberitahu Xinhua bahawa empat yang terkorban dan 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan.
Mereka yang cedera kini menerima rawatan di pusat trauma hospital, kata jurucakap itu.
Polis memberitahu media tempatan bahawa letupan berlaku berhampiran Kolej Sains Kerajaan di kawasan Jalan Jinnah, Quetta sejurus selepas sekumpulan pelajar keluar dari bangunan kolej berkenaan.
Beberapa bangunan dan kenderaan berhampiran turut rosak akibat letupan itu, menurut media tempatan.
Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan berkenaan dan memulakan operasi pengesanan. Bagaimanapun, jenis letupan masih tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom
#Pakistan
#Quetta
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan