awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 sekolah yang menjadi tempat perlindungan Gaza rosak dalam masa 24 jam

Agensi
Agensi
02/11/2023
22:15 MYT
4 sekolah yang menjadi tempat perlindungan Gaza rosak dalam masa 24 jam
Sebahagian mangsa perang Gaza yang berlindung di sekolah yang dijadikan tempat perlindungan. Sekolah berkenaan mengalami kerosakan ekoran serangan yang dilancarkan oleh Israel. - Gambar Reuters
GAZA: Sebanyak empat buah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi mangsa perang di Gaza mengalami kerosakan dalam tempoh kurang 24 jam selepas rakaman menunjukkan kesan dua letupan di sekolah sebelum ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Menurut pertubuhan antarabangsa itu, salah sebuah sekolah yang rosak itu ialah di kem pelarian Jabalya yang juga kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza, yang dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lima orang cedera.
Tidak ketinggalan sebuah sekolah lain di kem pelarian Beach atau Al-Shati juga rosak, dengan seorang kanak-kanak dilaporkan terbunuh.
Kedua-dua lokasi tersebut terletak di bahagian utara Semenanjung Gaza.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, PBB berkata, insiden-insiden itu berlaku selepas dua hari serangan besar-besaran dilancarkan tentera Israel di kawasan tersebut.
"Sementara di kawasan selatan, dua buah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan di kem pelarian Al Bureij juga tidak ketinggalan mengalami kerosakan. Dua orang dilaporkan terbunuh dan 31 orang cedera," kata kenyataan PBB itu lagi. - BBC
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#sekolah rosak
#Gaza
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan