awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 terbunuh dalam serangan udara Israel berhampiran hospital di selatan Beirut

Bernama
Bernama
22/10/2024
01:50 MYT
4 terbunuh dalam serangan udara Israel berhampiran hospital di selatan Beirut
Asap tebal kelihatan susulan serangan Israel ke atas Dahiyeh yang terletak di pinggir selatan Beirut, 22 Okt 2024. (Foto AP)
BEIRUT: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam serangan udara Israel lewat malam Isnin berhampiran sebuah hospital di ibu negara Lubnan, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan seramai 24 lagi cedera dalam serangan udara yang menyasarkan kawasan sekitar Hospital Universiti Rafik Hariri di pinggir selatan Beirut.
Serangan turut menyebabkan kerosakan besar kepada hospital berkenaan.
Koresponden Anadolu melaporkan bahawa pesawat perang Israel melancarkan serangan baharu di kawasan Haret Hreik sejurus selepas mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk.
Jet pejuang Israel turut menyerang kawasan Al-Awza'i di pinggir Beirut.
Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam satu kenyataan mendakwa Israel akan meneruskan serangan di Beirut yang menyasarkan aset ekonomi Hezbollah.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di Lubnan sejak 23 Sept terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah, dalam peningkatan ketegangan daripada perang rentas sempadan antara Israel dan kumpulan Lubnan itu sejak permulaan serangan kejam Israel ke atas Gaza.
Hampir 2,500 orang terbunuh dan lebih 11,500 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#serangan udara
#lubnan
#beirut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan