awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,002 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di India

Bernama
Bernama
12/06/2021
09:46 MYT
4,002 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di India
India mencatatkan lebih 4,002 lagi kematian akibat COVID-19 pada Sabtu. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: India mencatatkan lebih 4,002 lagi kematian akibat COVID-19 pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan.
Secara keseluruhan seramai 367,081 penduduk maut akibat virus itu setakat ini.
Menurut Agensi Berita Anadolu negara ini turut mencatatkan 84,332 kes baharu sejak 24 jam lalu, terendah dalam masa 70 hari. Jumlah keseluruhan jangkitan kini sebanyak 29.3 juta.
Pada 10 Jun India mengumumkan sejumlah 6,148 kematian - tertinggi dalam masa sehari sejak bermulanya wabak.
Pegawai kesihatan berkata lonjakan itu disebabkan negeri Bihar membuat semakan semula jumlah korban.
Menurut satu kenyataan pada lewat Jumaat, jumlah dos vaksin COVID-19 yang sudah diberikan kini mencecah 249,316,572.
India adalah negara kedua merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).
Daripada segi korban pula India di kedudukan ketiga di belakang AS dan Brazil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#kes kematian
#COVID-19
#virus
#Bihar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan