awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 maut dalam kebakaran tujuh blok pangsapuri Hong Kong

Agensi
Agensi
26/11/2025
23:45 MYT
44 maut dalam kebakaran tujuh blok pangsapuri Hong Kong
Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh blok pangsapuri di Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, pada Rabu.- REUTERS
HONG KONG: Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh blok pangsapuri di Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, pada Rabu petang.
Menurut pihak berkuasa, puluhan mangsa sedang dirawat di hospital manakala sekurang-kurangnya 279 individu lagi masih belum ditemui.
Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee berkata, kebakaran kini semakin terkawal dengan tiga bangunan tidak lagi menunjukkan tanda api merebak.
Dalam pada itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran, yang disifatkan luar biasa kerana merebak dengan pantas.
Tambah Lee, kompleks kediaman bertingkat tinggi itu sedang menjalani kerja pengubahsuaian ketika kebakaran berlaku dan dikelilingi perancah buluh (struktur sementara).
Ratusan penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala unit perumahan kecemasan sedang disediakan untuk mereka yang memerlukan penempatan semula.
Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat terus bertugas sepanjang malam, termasuk menyelamatkan seorang bayi dan seorang wanita warga emas dari salah satu bangunan yang terbakar.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#kebakaran kompleks kediaman
#pangsapuri terbakar
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan