awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 negara berminat program tangani perubahan iklim - IMF

Bernama
Bernama
11/04/2023
10:50 MYT
44 negara berminat program tangani perubahan iklim - IMF
GEORGIEVA: Sejumlah 44 negara menyatakan minat untuk menyertai program amanah ketahanan dan kelestarian (RST) AS$40 juta IMF. -Reuters
WASHINGTON: Sejumlah 44 negara menyatakan minat untuk menyertai program amanah ketahanan dan kelestarian (RST) US$40 juta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kata pengarah urusan IMF Kristalina Georgieva pada Isnin.
Kemudahan yang diwujudkan setahun lalu itu bertujuan meningkatkan daya tahan negara berpendapatan rendah dan sederhana yang terdedah menerusi penawaran sokongan kewangan dan menggalakkan dasar ekonomi mampan sebagai tindak balas kepada risiko sistemik seperti perubahan iklim, lapor Xinhua.
Permintaan yang kukuh untuk program RST menekankan keperluan mendesak untuk kerjasama global dalam menggerakkan pelaburan bertrilion dolar untuk meletakkan dunia pada trajektori pelepasan sifar bersih, kata Georgieva.
Rwanda, Barbados, Costa Rica, Bangladesh dan Jamaica telah mencapai persetujuan mengenai program pinjaman daripada kemudahan itu, menurut Georgieva.
"AS$40 bilion bukanlah penyelesaian, tetapi ia merupakan sumbangan kepada penyelesaian, jika ia membantu menghapuskan halangan untuk meningkatkan pelaburan secara besar-besaran, terutama pelaburan swasta dalam pasaran baharu muncul dan ekonomi," kata Georgieva.
Kerjasama antara institusi pelbagai hala, pihak berkuasa negara, dan sektor swasta sangat penting dalam menjadikan cabaran iklim sebagai peluang, kata Timbalan Pengarah Urusan IMF, Li Bo.
"Untuk tenaga boleh baharu sahaja, kami memerlukan US$1 trilion setahun," katanya.
Presiden Bank Pelaburan Infrastruktur Asia, Jin Liqun, pula menekankan mengenai perlunya usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang krisis iklim.
"Melainkan anda percaya ini akan menjadi krisis, tidak mungkin ia dapat menggerakkan sumber yang mencukupi untuk tujuan itu," kata Jin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#IMF
#Kristalina Georgieva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan