awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 termasuk 30 orang awam terbunuh dalam serangan pemberontak di Burkina Faso

Bernama
Bernama
19/08/2021
04:47 MYT
47 termasuk 30 orang awam terbunuh dalam serangan pemberontak di Burkina Faso
Keselamatan di Burkina Faso bertambah buruk sejak 2015, dengan pemberontak membunuh lebih 1,000 orang dan menyebabkan lebih satu juta yang lain menjadi pelarian.
OUAGADOUGOU: Seramai 47 termasuk 30 orang awam, 14 tentera dan tiga anggota bantuan, terbunuh dalam satu serangan pemberontak pada Rabu di wilayah Sahel utara Burkina Faso, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi konvoi membabitkan orang awam, pasukan pertahanan dan keselamatan serta sukarelawan Defence of the Motherland (VDP) itu diserang di daerah berdekatan Gorgadji, di Sahel, wilayah yang sedang bergolak.
"Tentera kerajaan membunuh 58 pemberontak dan mencederakan beberapa pemberontak yang sebahagiannya dapat melarikan diri.
"Bagaimanapun, 30 orang terkorban dan 19 yang lain cedera. Misi menyelamat masih dijalankan," menurut kenyataan itu.
Seramai 14 tentera dan tiga anggota VDP turut maut dalam serangan itu.
Keselamatan di Burkina Faso bertambah buruk sejak 2015, dengan pemberontak membunuh lebih 1,000 orang dan menyebabkan lebih satu juta yang lain menjadi pelarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#Burkina Faso
#orang awam
#pasukan keselamatan
#pemberontak
#misi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan