awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

59 Rohingya tanpa dokumen termasuk lima kanak-kanak ditemui di pulau Satun

Bernama
Bernama
05/06/2022
20:20 MYT
59 Rohingya tanpa dokumen termasuk lima kanak-kanak ditemui di pulau Satun
Siasatan awal mendapati mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 120 Rohingya yang meninggalkan Myanmar kira-kira dua bulan lepas. - Foto BERNAMA
SATUN: Kira-kira 59 orang pendatang tanpa izin Rohingya termasuk lima kanak-kanak yang kelaparan dan lesu ditemui di sebuah pulau di wilayah selatan Satun di Thailand, berhampiran sempadan Malaysia, kata pegawai.
Gabenor Satun, Ekkarat Leesen berkata pegawai penguat kuasa menemui 31 lelaki, 23 wanita dan lima kanak-kanak yang kelaparan di pulau Koh Dong, yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Negara Tarutao, pada Sabtu.
"Mereka ditinggalkan di pulau itu tanpa makanan dan minuman. Mereka kelihatan sangat lemah kerana kelaparan dan dehidrasi," katanya.
Ekkarat berkata siasatan awal mendapati mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 120 Rohingya yang meninggalkan Myanmar kira-kira dua bulan lepas sebelum mendarat di pulau itu kira-kira seminggu lalu.
"Kami dimaklumkan mereka (Rohingya) membayar RM5,000 (atau dalam baht) kepada sindiket untuk bekerja di Malaysia... ada di antara mereka didakwa telah meninggalkan pulau itu (Koh Dong) dan sudah masuk ke Malaysia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis dan Pengarah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak, Wanita, Keluarga, Antipemerdagangan Manusia dan Sektor Perikanan Pol. Jeneral Roy Ingkapairote berkata siasatan sedang dijalankan.
"Unit khas ditubuhkan untuk menyiasat penyeludupan Rohingya tanpa dokumen," katanya.
Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa menyediakan makanan dan minuman kepada Rohingya di pulau itu.
Sehingga kini, semua mereka telah menjalani saringan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rohingya
#Satun
#Malaysia
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan