awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut, 10 cedera dirempuh kereta di karnival

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2022
21:01 MYT
6 maut, 10 cedera dirempuh kereta di karnival
Anggota polis mengepung kawasan terlibat selepas kejadian. - Foto AP
STREPY-BRACQUEGNIES: Enam terkorban manakala 10 lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penghibur karnival Belgium yang ketika itu sedang bersiap untuk perarakan.
Dalam kejadian di bandar kecil Strepy-Bracquegnies di selatan Belgium, beberapa lagi disahkan mengalami cedera ringan.
Siasatan awal polis mendapati, tiada unsur keganasan dan kedua-dua pemandu dan penumpang telah ditahan.
Polis turut menafikan laporan media bahawa kereta itu sedang dikejar dengan laju.
Difahamkan, suspek adalah penduduk tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan tiada rekod jenayah lampau.
Datuk Bandar, Jacques Gobert berkata, sebelum kejadian, terdapat antara 150 ke 200 orang sedang berkumpul untuk menyertai perarakan tahunan.
Karnival yang diadakan itu bagi menyambut hari pembebasan yang setelah dua tahun tidak diraikan susulan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#dirempuh
#karnival kereta
#cedera parah
#kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan