awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut serangan dron di lapangan terbang

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2023
00:15 MYT
6 maut serangan dron di lapangan terbang
Keadaan di Lapangan Terbang Arbat yang diserang menggunakan dron pada Isnin. - Foto Twitter/Blesa Shaways
SULAIMANIYA: Enam individu termasuk seorang anggota tentera maut dalam satu serangan dron di lapangan terbang tentera di utara Iraq pada Isnin.
Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan mengesahkan bahawa serangan berlaku di Lapangan Terbang Arbat, yang terletak 28 kilometer di tenggara bandar Suleimaniyah.
Serangan itu, turut mengakibatkan tiga anggota pasukan Peshmerga Kurdistan cedera.
Media tempatan melaporkan, lapangan terbang tersebut sedang dalam proses naik taraf dan pemulihan untuk menyediakan pusat latihan antikeganasan berkaitan Parti Kesatuan Patriotik Kurdistan yang mempunyai konflik dengan pemerintahan pusat di Sulaymaniyah.
Bagaimanapun, Sulaymaniyah mendakwa, Turki merupakan dalang utama di sebalik serangan tersebut.
Menurut Iraq, Turki sering melakukan serangan ke atas sasaran di Syria dan Iraq yang dipercayai berkaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sebuah kumpulan pemisah Kurdistan yang telah memulakan pemberontakan terhadap Turki sejak tahun 1980-an.
Pada April lalu, Turki menutup ruang udara negara itu untuk penerbangan keluar masuk dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sulaymaniyah, dengan alasan peningkatan yang didakwa dalam aktiviti militan Kurdistan yang mengancam keselamatan penerbangan.
Topic Berkaitan
#serangan dron
#Lapangan Terbang Arbat
#Anggota tentera
#Parti Kesatuan Patriotik Kurdistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan