awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

600 dipindahkan di Sardinia, Itali akibat kebakaran hutan

Bernama
Bernama
07/08/2023
05:00 MYT
600 dipindahkan di Sardinia, Itali akibat kebakaran hutan
Penduduk bandar Posada di pantai timur pulau itu, serta pelancong yang bercuti di pulau terbabit, adalah antara mereka yang dipindahkan. - Gambar/ Tangkap layar video Reuters
Seramai 600 orang telah dipindahkan dari pulau Sardinia di Lautan Mediterranean akibat kebakaran hutan yang melanda bahagian timur laut dan selatan pulau itu pada Ahad, Sputnik memetik media tempatan Il Fatto Quotidiano.
Penduduk bandar Posada di pantai timur pulau itu, serta pelancong yang bercuti di pulau terbabit, adalah antara mereka yang dipindahkan, menurut laporan itu.
Perkhidmatan bomba pulau itu telah menutup jalan raya sepanjang 40 kilometer yang menghubungkan bandar Siniscola dan Olbia sebagai langkah berjaga-jaga.
Sebanyak tujuh pesawat terlibat dalam usaha memadam kebakaran hutan, manakala 12 unit peralatan memadam kebakaran digunakan dalam operasi memadam kebakaran di darat.
Akhbar itu memetik kenyataan presiden Sardinia Christian Solinas, yang menggesa perkhidmatan pertahanan awam untuk mengukuhkan armada udara pemadam kebakaran dan menghantar amaran awal mengenai pengaktifan Mekanisme Pertahanan Awam Eropah.
Presiden tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran itu mungkin akibat perbuatan yang disengajakan dan mengarahkan perkhidmatan perhutanan untuk meningkatkan langkah menjejaki mereka yang bertanggungjawab.
Wilayah selatan Itali, terutamanya pulau terbesar dan paling ramai penduduk di Sicily, dilanda kebakaran hutan pada Julai.
Tiga orang maut akibat kebakaran dan cuaca panas di Sicily, dan kerosakan akibat bencana itu berjumlah sekurang-kurangnya EUR260 juta (US$286 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran besar
#Itali
#Sardinia
#Lautan Mediterranean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan