awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 pelajar Universiti Washington disahkan positif COVID-19

Agensi
Agensi
03/07/2020
10:32 MYT
80 pelajar Universiti Washington disahkan positif COVID-19
Pihak kepimpinan Universiti Washington memaklumkan, pembukaan semula kolej akan dilakukan secara dalam maya, namun sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan COVID-19 di negara itu. - Foto AP
SEKURANG-kurangnya 80 pelajar yang menetap di kolej kampus Universiti Washington, di Seattle, Amerika Syarikat dilaporkan positif COVID-19 dengan ratusan keputusan masih belum disahkan.
Universiti tersebut pada Sabtu lalu mendapati tiga daripada pelajar yang menetap di kolej terbabit mengalami simptom COVID-19.
Justeru, menurut jurucakap universiti, Michelle Ma, pihak berkuasa tempatan turut mendapati terdapat peningkatan kes positif dalam kalangan mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun.
Setakat Selasa, 38 lagi penghuni asrama itu disahkan positif COVID-19.
Jumlah kes positif dalam kalangan pelajar dijangka akan meningkat sehingga awal minggu hadapan.
Menurut pakar, peningkatan kes dalam kalangan pelajar ini memberi amaran terhadap kemungkinan peningakatan mendadak terutamanya selepas kolej dibuka semula pada musim luruh nanti.
Susulan itu, pihak kepimpinan Universiti Washington memaklumkan, pembukaan semula kolej akan dilakukan secara dalam talian, namun sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan COVID-19 di negara itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelajar kolej
#pelajar universiti
#penghuni asrama
#positif
#Seattle
#Universiti Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan