awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

82 pegawai saman Ketua Polis Ghana kerana gagal naikkan pangkat

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2023
21:47 MYT
82 pegawai saman Ketua Polis Ghana kerana gagal naikkan pangkat
George Akuffo Dampare. - Foto Agensi/Sinar Harian
ACCRA: Kira-kira 82 pegawai menyaman Ketua Polis Negara (IGP), George Akuffo Dampare dan Perkhidmatan Polis Ghana kerana gagal menaikkan pangkat mereka walaupun layak.
Kesemua plaintif diketuai Inspektor Kofi Osal memfailkan saman pemula termasuk terhadap Pejabat Peguam Negara (AGC) di Mahkamah Tinggi Accra pada minggu lalu.
Plaintif mendakwa dilayan secara tidak adil oleh Dampare dan dua defendan selain diberi penjelasan yang berubah-ubah.
Selain tidak dinaikkan pangkat, plaintif mendakwa kemasukan mereka ke Maktab Polis selepas berjaya menamatkan pengajian pada tahun akademik 2017/2018 turut disekat.
Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif berasa berhak dan layak dinaikkan pangkat selepas menamatkan pengajian di bawah skim cuti belajar bergaji penuh.
"Setiap plaintif telah dipilih dan dimasukkan ke dalam bon yang diperlukan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Polis selepas menamatkan pelbagai kursus selama sekurang-kurangnya lima tahun.
"Bagaimanapun beberapa bulan selepas menamatkan kursus, kami masih lagi tidak dinaikkan pangkat dan dinafikan kemasukan ke Maktab Polis," ujar Osal. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Ghana
#saman
#gagal naik pangkat
#George Akuffo Dampare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan