awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak kompromi unsur jenayah dalam kes kematian prebet Muhammad Amirul Raziq

Bernama
Bernama
11/04/2026
16:23 MYT
Kerajaan tidak kompromi unsur jenayah dalam kes kematian prebet Muhammad Amirul Raziq
Muhammad Amirul sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan koma dan menerima rawatan rapi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh berikutan kecederaan parah yang dialami susulan insiden pukul di Kem Batalion 25 RAMD, Bentong pada 30 Mac lepas. - Fac
Kerajaan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kes kematian anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi yang dipercayai dipukul seorang anggota berpangkat koperal bulan lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius perkara itu dan komited memastikan keadilan ditegakkan serta kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
"Tindakan disiplin tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi melibatkan penderaan fizikal. Semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tidak menggunakan kaedah di luar garis panduan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelebu malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Jelebu merangkap Exco Kanan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Allahyarham Muhammad Amirul, 24, sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan koma dan menerima rawatan rapi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh berikutan kecederaan parah yang dialami susulan insiden pukul di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong pada 30 Mac lepas.
Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada tindakan seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah berusia 37 tahun yang didakwa menggunakan kekerasan akibat tidak berpuas hati berhubung penugasan yang diarahkan.
Sementara itu di GEMAS, rakan karib Allahyarham, Muhammad Afham Hafidz Adzhar, 24, menyifatkan Muhammad Amirul Raziq sebagai seorang yang peramah, periang dan amat disenangi.
Muhammad Afham Hafidz Adzhar, 24, berkata dia dan rakan-rakan terkejut apabila menerima berita menimpa rakan karibnya itu, yang dikenalinya pada usia 16 tahun.
“Saya terkilan kerana tidak sempat melawat arwah di hospital. Kali terakhir kami berhubung adalah sebelum hari raya, dan ketika itu dia (Muhammad Amirul Razir) memaklumkan kurang sihat seperti demam,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah, Gemas malam tadi.
Menurut Muhammad Afham Hafidz, Allahyarham mempunyai minat mendalam dalam bidang ketenteraan dan bercita-cita untuk menyertai pasukan komando namun tidak berjaya.
Jenazah Muhammad Amirul Raziq akan dikebumikan awal pagi semalam di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Amirul Raziq Rosafindi
#Ahmad Zahid Hamidi
#tentera
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan