awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu gunung berapi, Indonesia tutup semula Lapangan Terbang Lombok

Bernama
Bernama
30/11/2017
10:18 MYT
Abu gunung berapi, Indonesia tutup semula Lapangan Terbang Lombok
Semasa letusan Gunung Agung, kerajaan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok sebagai alternatif kepada Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, yang tidak dapat menyediakan perkhidmatan penerbangan. - Gambar fail
Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Khamis menutup semula Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok akibat kesan abu Gunung Agung, gunung berapi di pulau Bali, kata seorang pegawai kanan kerajaan, lapor agensi China Xinhua.
Penutupan bermula pukul 10.37 pagi waktu tempatan sehingga 12 tengah malam, menurut Ketua Direktorat Kementerian Pengangkutan Udara.
Kenyataan mendedahkan, penyebaran abu gunung berapi menuju ke selatan dan tenggara kawasan di mana lapangan terbang itu terletak.
Sebelum ini, pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan pada Isnin dan membukanya semula sehari selepas itu.
Semasa letusan, kerajaan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok sebagai alternatif kepada Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, yang tidak dapat menyediakan perkhidmatan penerbangan.
Pihak berkuasa penerbangan sebelum ini, menurunkan tahap amaran penerbangan. Bagaimanapun, Gunung Agung di kabupaten Karangasem masih berada pada tahap paling tinggi.
Lebih 1,500 orang terbunuh dalam letusan terakhir gunung berapi itu pada 1963. Gunung Agung satu daripada lebih 100 gunung berapi aktif di kepulauan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#Gunung Agung
#gunung berapi
#Indonesia
#Kementerian Pengangkutan
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok
#lapangan terbang ngurah rai
#Lombok
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan