awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, beberapa rakan cedera ditetak di Buntong
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Aerobridge' langgar enjin A380, penerbangan Qantas tertunda 21 jam

Bernama
Bernama
12/07/2025
14:41 MYT
'Aerobridge' langgar enjin A380, penerbangan Qantas tertunda 21 jam
Qantas turut memaklumkan yang satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana aerobridge boleh berlanggar dengan pesawat. - EPA
SYDNEY: Satu penerbangan Qantas dari Sydney ke Johannesburg tertunda hampir sehari selepas pesawat itu dilanggar oleh sebuah aerobridge, lapor Xinhua.
Penerbangan QF63 sedang berada di pintu berlepas di Lapangan Terbang Sydney dan bersedia untuk berlepas pada 9.30 pagi Sabtu apabila sebuah aerobridge terlanggar satu daripada empat enjin pesawat Airbus A380 itu, menyebabkan kerosakan.
Penumpang yang menaiki pesawat kemudiannya turun melalui dek bawah pesawat. Tiada kecederaan dilaporkan.
Qantas dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan tertangguh selama 21 jam dan sebuah pesawat gantian dijadualkan berlepas pada 6.45 pagi Ahad.
Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan yang satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana aerobridge boleh berlanggar dengan pesawat.
"Pesawat akan diperiksa oleh jurutera di Sydney dan dibaiki sebelum kembali beroperasi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aerobridge
#Qantas
#a380
#penerbangan tertunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan