awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afghanistan mahu tuntut bela insiden serangan di Universiti Kabul

Agensi
Agensi
03/11/2020
10:54 MYT
Afghanistan mahu tuntut bela insiden serangan di Universiti Kabul
Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani berikrar, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan memastikan kematian sekurang-kurangya 22 nyawa dalam serangan itu diperjuang. - Reuters
KABUL:Afghanistan akan menuntut bela ke atas militan Daish yang menyerang Universiti Kabul ketika ia mengadakan pesta buku yang dihadiri duta besar Iran.
Presidennya, Ashraf Ghani berikrar, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan memastikan nasib sekurang-kurangya 22 korban dalam serangan itu mendapat pembelaan.
Pihak berkuasa memaklumkan, majoriti mangsa yang maut merupakan pelajar dan angka korban dijangka meningkat dalam kalangan mereka yang kini kritikal.
Serangan pada Isnin itu adalah yang kedua terhadap institusi pendidikan di Kabul dalam beberapa minggu.
Daish mendakwa hanya dua anggotanya yang terlibat, namun ia bertentangan laporan pihak berkuasa Afghanistan yang memaklumkan tiga anggota militan itu bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.
Daish juga mendakwa serangan kejam di pusat bimbingan di Kabul minggu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 24 pelajar dan mencederakan lebih 100 yang lain.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#maut
#militan
#pendidikan
#mangsa
#serangan
#daish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan