awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi PBB nafi laporan kakitangan terbunuh bersama Yahya Sinwar di Gaza

Bernama
Bernama
18/10/2024
03:11 MYT
Agensi PBB nafi laporan kakitangan terbunuh bersama Yahya Sinwar di Gaza
UNWRA mengecam laporan itu yang dilihat sebagai sebahagian daripada kempen maklumat palsu untuk menjejaskan agensi dan kakitangannya. - Foto UN
ISTANBUL: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis menafikan dakwaan yang tersebar di Israel dan media sosial bahawa seorang kakitangan agensi itu terbunuh bersama pemimpin Hamas Yahya Sinwar di Semenanjung Gaza.
Laporan itu dikecam sebagai sebahagian daripada kempen maklumat palsu untuk menjejaskan agensi dan kakitangannya, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Maklumat yang tidak disahkan sekali lagi digunakan untuk memburukkan UNRWA dan kakitangannya," Ketua Pesuruhjaya agensi itu Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan di X.
Lazzarini mengesahkan bahawa kakitangan yang disebut dalam laporan itu masih hidup dan kini menetap di Mesir.
"Awal hari ini, laporan tersebar di media sosial dan media Israel bahawa seorang kakitangan UNRWA terbunuh bersama ketua Hamas di Gaza.
"Saya mengesahkan bahawa kakitangan yang dimaksudkan itu masih hidup. Dia kini tinggal di Mesir selepas dia bersama keluarganya ke sana pada April melalui sempadan Rafah," katanya.
Lazzarini menekankan keperluan untuk menghentikan penyebaran maklumat palsu oleh Israel.
Terdahulu Khamis, tentera Israel mendakwa telah membunuh ketua politik Hamas Yahya Sinwar dalam satu operasi ketenteraan di Gaza.
Tentera itu mengakui bahawa tiada tanda-tanda kehadiran tebusan di kawasan tempat Sinwar terbunuh.
Sinwar dipilih sebagai ketua politik Hamas pada Ogos, menggantikan Ismail Haniyeh, yang dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, selepas menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNWRA
#kakitangan terbunuh
#Pemimpin hamas
#Gaza
#Israel
#Yahya Sinwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan