'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali

Syed Ali Alhabshee (foto) berpandangan sikap menyayangi pemimpin dan kesetiaan kepada perjuangan parti merupakan dua mekanisme yang berbeza. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Kedegilan segelintir pemimpin politik untuk tidak berundur walaupun didesak berbuat demikian dilihat berpotensi mencetuskan konflik kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi parti, sekali gus menggugat kestabilan serta kesatuan dalaman.
Ringkasan AI
- Sikap menyayangi pemimpin dan kesetiaan kepada perjuangan parti merupakan dua mekanisme yang berbeza, dengan kesetiaan kepada kesatuan dan perjuangan parti cenderung lebih menjurus kepada kepentingan awam yang lebih besar.
- Kedegilan pemimpin untuk tidak berundur apabila didesak berbuat demikian berpotensi mencetuskan konflik kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi parti, mengancam kestabilan serta kesatuan dalaman.
- Dalam konteks disiplin kepartian, prinsip kesetiaan kepada perjuangan perlu menjadi teras kekuatan politik bagi menambat kepercayaan dan sokongan rakyat.
Kesetiaan membuta tuli kepada individu, dakwanya, hanya akan menguntungkan kelompok tertentu dan mengheret parti ke arah kepentingan peribadi, bukan kepentingan rakyat.
Sebaliknya, jelasnya kesetiaan kepada kesatuan dan perjuangan parti lazimnya menjurus kepada kepentingan awam yang lebih besar, mengatasi kehendak atau suara peribadi mana-mana pemimpin.
"Justeru, 'kedegilan' seseorang pemimpin untuk tidak berundur apabila didesak berbuat demikian akan mencetuskan konflik kepercayaan dan keyakinan kepada organisasi parti itu sendiri.
"Akhirnya, ketidakpercayaan dan rasa keraguan itu akan merebak (walaupun secara senyap) dan membara ke peringkat akar umbi," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial pada Selasa.
Tambah beliau, keengganan berundur juga membuka ruang kepada pelbagai andaian dalam kalangan rakyat, termasuk persoalan sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan apabila kualiti kepimpinan dipersoalkan dan sokongan ahli semakin menipis.
"Apabila penolakan terhadap kepimpinan berlaku secara terbuka, termasuk daripada peringkat tertinggi parti, maka adalah wajar pemimpin berkenaan memberi laluan kepada pengganti demi menjaga kelangsungan dan maruah perjuangan politik," katanya lagi.
Dalam konteks disiplin kepartian, Syed Ali menegaskan bahawa prinsip kesetiaan kepada perjuangan perlu kembali menjadi teras kekuatan politik bagi menambat kepercayaan dan sokongan rakyat.
Menurutnya, kepentingan politik individu tidak lagi relevan apabila kesatuan ahli menjadi penentu kekuatan sebenar sesebuah parti.
"Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan parti mesti diteruskan. Prinsip ini masih kekal relevan dan menjadi realiti acuan politik Malaysia sejak era pra-kemerdekaan hingga ke hari ini," tulisnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah risiko yang timbul apabila seorang pemimpin politik enggan berundur walaupun didesak untuk berbuat demikian? A: Risiko yang timbul adalah mencetuskan konflik kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi parti, mengancam kestabilan serta kesatuan dalaman.
- Q: Mengapakah kesetiaan kepada kesatuan dan perjuangan parti dipandang lebih penting daripada kesetiaan kepada individu? A: Kesetiaan kepada kesatuan dan perjuangan parti cenderung lebih menjurus kepada kepentingan awam yang lebih besar, sementara kesetiaan kepada individu boleh menguntungkan kelompok tertentu dan mengheret parti ke arah kepentingan peribadi.
- Q: Mengapakah pentingnya prinsip kesetiaan kepada perjuangan dalam disiplin kepartian? A: Prinsip kesetiaan kepada perjuangan perlu menjadi teras kekuatan politik bagi menambat kepercayaan dan sokongan rakyat, serta memastikan kelangsungan serta kesatuan parti.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

