awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli astronomi temui kilauan cahaya misteri dari kelas baharu objek kosmik

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2025
00:00 MYT
Ahli astronomi temui kilauan cahaya misteri dari kelas baharu objek kosmik
ASKAP J1832-0911 pertama kali dikesan oleh teleskop radio Australian Square Kilometre Array Pathfinder (ASKAP) di Australia. - Foto X/Piotr Dyląg
AHLI astronomi telah menemui satu fenomena luar biasa di angkasa lepas, di mana sebuah objek kosmik yang dikenali sebagai ASKAP J1832-0911 memancarkan kilauan cahaya terang dalam bentuk gelombang radio dan sinar-X.
Objek ini, yang terletak kira-kira 15,000 tahun cahaya dari Bumi, mengeluarkan pancaran selama dua minit setiap 44 minit, menjadikannya satu misteri yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
ASKAP J1832-0911 pertama kali dikesan oleh teleskop radio Australian Square Kilometre Array Pathfinder (ASKAP) di Australia.
Penemuan ini menjadi lebih menarik apabila teleskop sinar-X Chandra X-ray Observatory milik NASA secara kebetulan turut memerhatikan kawasan yang sama, lalu mengesahkan bahawa objek ini juga memancarkan sinar-X.
Fenomena ini tergolong dalam kategori Long-Period Transients (LPTs), iaitu kelas objek kosmik yang baru dikenal pasti pada tahun 2022.
Sejak itu, kurang daripada sedozen objek seumpamanya telah ditemui, tetapi ASKAP J1832-0911 adalah yang pertama menunjukkan pancaran sinar-X yang kuat.
Menurut Dr Andy Wang dari Curtin Institute of Radio Astronomy, kehadiran sinar-X menunjukkan bahawa objek ini mungkin berada dalam persekitaran yang sangat panas dan berenergi tinggi.
“Objek ini berbeza daripada apa yang pernah kita lihat sebelum ini. Ia mungkin sebuah magnetar, iaitu teras bintang mati dengan medan magnet yang sangat kuat, atau mungkin sepasang bintang dalam sistem binari yang mengandungi white dwarf yang sangat bermagnet,” katanya.
Walaupun terdapat beberapa teori mengenai asal-usul objek ini, tiada satu pun yang sepenuhnya dapat menjelaskan sifat unik pancaran radio dan sinar-X yang diperhatikan.
Para penyelidik percaya bahawa penemuan ini mungkin membuka jalan kepada pemahaman baharu tentang fizik bintang dan evolusi kosmik.
Dengan penemuan ini, ahli astronomi kini berusaha mencari lebih banyak objek seumpamanya untuk memahami bagaimana dan mengapa ia menghasilkan pancaran yang begitu luar biasa.
Penyelidikan lanjut dijangka akan memberikan lebih banyak petunjuk mengenai misteri ini dan mungkin membawa kepada penemuan kelas baharu objek kosmik yang belum pernah diketahui sebelum ini.
Topic Berkaitan
#objek kosmik
#kilauan cahaya
#ASKAP J1832-0911
#sinar-X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami