awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum

Bernama
Bernama
18/02/2025
06:16 MYT
Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Tenney berkata tiada presiden moden yang lebih berpengaruh di negara itu berbanding Trump. - Foto Reuters
WASHINGTON: Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan rang undang-undang bagi menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.
Tenney menerusi platform X berkata, sama seperti hari lahir George Washington yang diiktiraf sebagai cuti umum persekutuan, hari lahir Trump juga wajar diraikan sebagai pengasas "Zaman Keemasan" Amerika, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Washington, iaitu presiden pertama Amerika Syarikat dilahirkan pada 22 Feb, namun Hari Presiden yang memperingati kelahirannya disambut pada Isnin ketiga, bulan Februari setiap tahun.
Tenney berkata tiada presiden moden yang lebih berpengaruh di negara itu berbanding Trump.
"Hari ini, saya mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan Hari Lahir Trump dan Flag Day sebagai cuti umum persekutuan, bagi memastikan sumbangan beliau terhadap keagungan Amerika terus diabadikan dalam undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari lahir
#Donald Trump
#cuti umum
#ahli Kongres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan