awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran

Bernama
Bernama
13/04/2026
03:48 MYT
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
Mohammad Bagher membayangkan bahawa harga bahan api di Amerika Syarikat (AS) boleh meningkat lagi susulan ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran. - Gambar fail/Reuters
Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Qalibaf pada Ahad membayangkan bahawa harga bahan api di Amerika Syarikat (AS) boleh meningkat lagi susulan ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Nikmatilah harga semasa di pam. Dengan apa yang disebut sebagai ‘sekatan’ itu, tidak lama lagi anda akan merindui harga minyak AS$4 hingga AS$5,” kata Mohammad Bagher menerusi hantaran di platform X.
Beliau turut melampirkan tangkap layar yang menunjukkan harga petrol di stesen berhampiran Rumah Putih antara kira-kira AS$4.10 hingga AS$5.80 segelen.
Hantaran itu dilihat sebagai respons terhadap kenyataan Presiden AS Donald Trump pada awal Ahad bahawa harga minyak dan petrol mungkin kekal tinggi sehingga pilihan raya pertengahan penggal November ketika perang AS-Israel dengan Iran berterusan.
“Ia mungkin begitu, atau kekal sama, atau mungkin naik sedikit, tetapi sepatutnya sekitar paras yang sama,” kata Trump kepada Fox News pada Ahad.
Hantaran Mohammad Bagher itu dibuat sebelum Markas Pusat AS mengumumkan bahawa ia akan mula kuatkuasakan sekatan ke atas semua trafik perkapalan yang masuk dan keluar dari pelabuhan Iran mulai Isnin.
Perkembangan itu susulan pusingan terbaharu rundingan Iran-AS di Islamabad, yang berakhir tanpa sebarang persetujuan.
Kedua-dua pihak meninggalkan Islamabad dengan perbezaan utama masih belum diselesaikan, sambil masing-masing memberi isyarat bahawa usaha diplomatik lanjut diperlukan.
Rundingan itu adalah sebahagian daripada usaha gencatan senjata rapuh selama dua minggu untuk menamatkan perang AS-Israel ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Mohammad Bagher Qalibaf
#Donald Trump
#sekatan
#Selat Hormuz
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan