awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen UK dipenjara kes rasuah, terkait skandal politik bekas PM Bangladesh

Asyraf Malik
Asyraf Malik
01/12/2025
08:46 MYT
Ahli Parlimen UK dipenjara kes rasuah, terkait skandal politik bekas PM Bangladesh
Tulip pada mulanya menafikan tuduhan rasuah terbabit dan menyifatkannya sebagai fitnah bermotifkan politik. - Sumber foto FB The Labour Party
KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di Bangladesh menjatuhi hukuman penjara dua tahun terhadap Ahli Parlimen Britain dan bekas menteri, Tulip Siddiq selepas didapati bersalah kes rasuah peruntukan haram sebidang tanah.
Pada Januari lalu, Siddiq meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan Kota di Britain susulan penelitian terhadap hubungan skandal politik melibatkan ibu saudaranya yang juga bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.
Pada mulanya, Siddiq menolak tuduhan rasuah tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah bermotifkan politik.
Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran Siddiq, begitu juga dua lagi tertuduh iaitu Hasina serta adiknya, Sheikh Rehana.
Difahamkan Hasina dijatuhi hukuman penjara lima tahun, manakala Rehana menerima hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan sama.
Menurut pihak pendakwa raya, tanah berkeluasan kira-kira 13,610 kaki persegi itu diperuntukkan secara tidak sah melalui pengaruh politik oleh ketiga-tiga tertuduh ketika Hasina memegang jawatan perdana menteri.
Untuk rekod, pada Ogos 2024, Hasina melarikan diri ke India dari Bangladesh ketika gelombang kebangkitan rakyat memuncak terhadap pemerintahannya.
Pada November 2025, Hasina dijatuhi hukuman mati atas dakwaan bertindak keras terhadap penunjuk perasaan ketika pemerintahan sebagai Perdana Menteri Bangladesh.
Sementara itu, pada minggu lalu, Hasina dikenakan hukuman penjara 21 tahun atas kesalahan rasuah berkaitan peruntukan tanah dalam sebuah projek kerajaan.
Topic Berkaitan
#Tulip Siddiq
#skandal politik
#Ahli Parlimen British
#Sheikh Hasina
#bekas perdana menteri Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan