awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen UK panggil Mark Zuckerberg jawab isu Cambridge Analytica

Agensi
Agensi
20/03/2018
16:10 MYT
Ahli Parlimen UK panggil Mark Zuckerberg jawab isu Cambridge Analytica
Ahli Parlimen UK mahu Zuckerberg (gambar) menjawab tentang 'kegagalan' yang sedang melanda Facebook yang melibatkan data peribadi pengguna. - REUTERS/Fail
PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg, telah dipanggil oleh Ahli Parlimen United Kingdom (UK) untuk memberi jawapan berhubung kontroversi Cambridge Analytica yang melibatkan jutaan data pengguna laman media sosial itu.
Ketua Jawatankuasa Parlimen UK, Damian Collins dalam satu surat berkata, beliau mahu Zuckerberg menjawab tentang "kegagalan" yang sedang melanda Facebook yang melibatkan data peribadi pengguna.
"Sudah tiba masanya untuk mendengar dari seorang eksekutif kanan Facebook yang mempunyai kuasa untuk berkongsi tentang kegagalan proses ini," katanya menerusi surat itu, dipetik dari BBC.
Sementara itu, Pesuruhjaya Maklumat UK, Elizabeth Denham berkata beliau akan memohon ke mahkamah untuk waran untuk melakuakn siasatan ke atas pejabat Cambridge Analytica.
BACA: 'Saya tidak pernah dengar tentang Cambridge Analytica' - Muhyiddin
Sebelum ini, Cambridge Analytica yang berpangkalan di London nafi melakukan sebarang kesalahan.
Media antarabangsa melaporkan bahawa Cambridge Analyica, sebuah firma strategi digital, memperolehi maklumat peribadi pengguna Facebook dari Aleksandr Kogan, seorang pensyarah di University of Cambridge, yang membangunkan aplikasi "thisisyourdigitallife".
Secara amnya, ia melibatkan data 270,000 pengguna. Tetapi oleh kerana syarikat itu boleh akses maklumat rakan-rakan pengguna, ia kini melibatkan jaringan data melebihi 50 juta pengguna Facebook.
Untuk rekod, firma Cambridge Analytica digunakan oleh Presiden AS Donald Trump ketika beliau berkempen pada 2016.
Topic Berkaitan
#Cambridge Analytica
#Damian Collins
#data peribadi
#Facebook
#maklumat peribadi
#Mark Zuckerberg
#Skandal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan