awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik Jerman dan Denmark gesa Muslim yang berpuasa tidak dibenar bekerja

Agensi
Agensi
31/05/2018
15:47 MYT
Ahli politik Jerman dan Denmark gesa Muslim yang berpuasa tidak dibenar bekerja
Jerman mempunyai kira-kira 4 juta orang Islam - termasuk dari keturunan Turki yang sudah berdekad-dekad lamanya bermastautin di situ. - Reuters
BENARKAH orang Islam tidak mampu melunaskan tanggungjawab harian dan membahayakan orang lain hanya kerana mereka menjalani ibadah puasa?
Itulah yang terjadi di Jerman dan Denmark apabila ada ahli politik berfikiran sempit, yang mengatakan bahawa orang Islam tidak mampu memberi tumpuan dalam pekerjaan ketika berpuasa.
Reuters melaporkan, ahli politik Jerman dari kumpulan anti-pendatang, Alternative for Germany (AfD) mendesak agar orang Islam yang ebrtugas sebagai doktor, jururawat, juruterbang, pemandu bas dan kereta api, dilarang daripada bekerja sepanjang Ramadan jika mereka berpuasa.
Jerman mempunyai kira-kira 4 juta orang Islam - termasuk dari keturunan Turki yang sudah berdekad-dekad lamanya bermastautin di situ, selain para pendatang dan pemohon suaka yang tiba sejak beberapa tahun lalu.
Kebanyakan daripada mereka melarikan diri dari konflik di Syria, Iraq dan beberapa negara lain.
Masih ada tanggapan salah tentang orang Islam dan amalan orang Islam di negara-negara Eropah. - Reuters
Masih ada tanggapan salah tentang orang Islam dan amalan orang Islam di negara-negara Eropah. - Reuters
Ahli politik AfD Martin Sichert berkata, majikan yang tidak boleh memberikan pekerja Muslim syif malam atau syif lebih awal, perlu mengarahkan pekerja itu menggunakan cuti tahunan mereka sepanjang bulan Ramadan.
"Bayangkan pesakit di hospital perlu dibedah oleh doktor bedah yang tidak minum atau makan apa-apa selama 12 jam?
"Kenapa penumpang (pengangkutan awam) perlu dibawa ke sana-sini oleh orang yang mungkin menghadapi masalah konsenstrasi dan dehidrasi kerana berpuasa?" kata Sichert, yang juga anggota jawatankuasa Parlimen bagi hal ehwal pekerja dan sosial.
Seorang jurucakap kerajaan Jerman berkata beliau enggan mengulas tentang cadangan Sichert itu.
Canselor Angela Merkel, yang sebelum ini berdepan kritikan dari rakyat Jerman kerana membuka sempadan negara itu untuk dimasuki lebih sejuta pendatang beberapa tahun lalu, mahukan sebuah negara Jerman yang lebih inklusif dan pelbagai etnik.
Merkel sudah lama menegaskan bahawa Islam juga merupakan sebahagian daripada Jerman, selain menyeru ke arah toleransi.
Orang Islam berpuasa yang mengandalikan pengangkutan awam dibimbangi tidak fokus dalam tugas. - Reuters
Orang Islam berpuasa yang mengandalikan pengangkutan awam dibimbangi tidak fokus dalam tugas. - Reuters
Komen Sichert dibuat susulan kenyataan seumpamanya daripada Menteri Integrasi Denmark, Inger Stojberg, yang mendesak agar orang Islam mengambil cuti sepanjang Ramadan bagi 'mengelakkan impak negatif dalam masyarakat'.
"Ia boleh menjadi suatu yang bahaya bagi kita semua jika pemandu bas tidak makan atau minum sepanjang hari, dan anda tidak boleh bekerja dengan prestasi yang sama di kilang atau hospital jika anda berpuasa," katanya seperti yang dilaporkan dalam akhbar BT di Denmark.
Kenyataan Stojberg itu menerima kritikan meluas, termasuk daripada Parti Liberal yang dia sendiri wakili.
Topic Berkaitan
#Denmark
#Jerman
#Muslim
#orang islam
#puasa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan