awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai

Nazri Kahar
Nazri Kahar
26/05/2024
07:45 MYT
Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai
Ahmad Zahid bergambar bersama komuniti dan pelajar Malaysia Shanghai di Hotel Shangri-La Pudong, Shanghai. - Gambar/ Bernama
SHANGHAI: Penuntut Malaysia yang berada di China khususnya di Shanghai digesa belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu serta meneroka sebanyak mungkin pengalaman untuk dimanfaatkan apabila pulang ke tanah air nanti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelajar dan rakyat Malaysia di China dianggap sebagai duta kecil dan mereka perlu menjaga imej negara dengan menolak tohmahan serta menjawab segala prejudis serta salah faham berkaitan Malaysia.
”Saya juga telah mengarahkan Mara terutamanya di bawah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) supaya segera menghantar pelajar ke China untuk jurusan pendidikan latihan, teknikal dan vokasional (TVET) dan teknologi," katanya.
Ahmad Zahid juga menggesa agensi-agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya memudah cara dan mempercepatkan proses permohonan syarikat-syarikat dari China untuk relokasi dan memulakan pelaburan di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti dan pelajar Malaysia Shanghai di Hotel Shangri-La Pudong, Shanghai.
Kehadiran beliau diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Muhamad Alamin, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Syed Farizal Aminy Syed Mohamad, dan Pengerusi Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Lawatan rasmi sempena undangan Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang itu adalah yang pertama sejak Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022.
Di Shanghai, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dijadual menyaksikan majlis memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia serta China dalam bidang kenderaan elektrik, teknologi tinggi dan pendidikan.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Shanghai
#pelajar malaysia
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan