awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat

Amanz
Amanz
27/02/2024
01:45 MYT
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Algoritma penglihatan komputer dilaporkan telah digunakan untuk mengenal pasti 85 sasaran untuk dibom di Iraq, Syria dan Yemen pada bulan ini. - Foto Amanz
PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) di medan perang ialah isu yang cukup sensitif.
Project Maven oleh Amerika Syarikat misalnya dibangunkan oleh Amerika Syarikat bagi menggunakan AI bagi tujuan ketenteraan sehingga menyebabkan pekerja Google melakukan mogok.
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.
Bloomberg memetik Schuyler Moore, CTO Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat yang mengatakan algoritma penglihatan komputer telah digunakan untuk mengenal pasti 85 sasaran untuk dibom di Iraq, Syria dan Yemen pada bulan ini.
Salah satu cabang Project Maven ialah kemampuan menganalisa gambar yang diambil di medan perang dan kemudian mengenal pasti lokasi musuh.
Ini kali pertama Amerika mengesahkan AI telah digunakan dalam proses mengenal pasti sasaran mereka.
Ia walau bagaimanapun bukan kali pertama teknologi AI digunakan di medan perang.
Israel mengesahkan teknologi The Gospel mereka yang digunakan untuk mengebom lebih 200 lokasi musuh dalam konflik Israel-Palestin yang masih berterusan sekarang.
DAPRA dan Pentagon juga telah melakukan ujian penggunaan AI generatif untuk menganalisa medan perang secara masa nyata.
Mereka mendapati AI boleh melalukan analisa yang sebelum ini memakan masa beberapa jam dalam masa hanya 10 minit.
Kesemua ini adalah di bawah payung Army Futures Command (AFC).
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#perang
#AI
#bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan