awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi 'terlampau' pemancing tayang ikan 39kg diikat belakang kereta, dicari polis

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2025
05:00 MYT
Aksi 'terlampau' pemancing tayang ikan 39kg diikat belakang kereta, dicari polis
Aksi pemancing gantung ikan di belakang kereta undang komen lucu dari netizen di China. - Foto/ Agensi
SEORANG lelaki di selatan China menjadi tular selepas aksinya menayangkan seekor ikan kap gergasi yang diikat pada bahagian belakang keretanya dirakam dan dikongsikan di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan pengguna internet.
Bagaimanapun, polis trafik di Guigang, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang memaklumkan bahawa lelaki itu bakal dikenakan hukuman atas 'tingkah laku tidak wajar' yang boleh mengancam keselamatan jalan raya.
Menurut laporan, lelaki terbabit mengikat kepala dan ekor seekor ikan sepanjang satu meter dengan anggaran berat melebihi 30 kilogram (kg) pada keretanya sebelum memandu mengelilingi bandar pada 15 Mei lalu.
Menurut saksi yang dikenali sebagai Ji, ikan tersebut dipercayai ditangkap dari Empangan Pingtianshan yang berdekatan.
Difahamkan, lelaki itu kemudiannya mengaku di media sosial bahawa tangkapannya seberat 39.5kg dan telah dijadikan bebola ikan untuk dinikmati bersama keluarga pada hari yang sama.
Pihak berkuasa kini sedang menimbang untuk mengenakan denda atau memotong mata lesen memandu lelaki terbabit.
Menurut peraturan keselamatan jalan raya China, objek yang tergantung pada kenderaan tidak boleh melebihi 0.5 meter.
Netizen rata-rata terhibur dengan insiden itu. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#tayang ikan besar
#ikan kap
#China
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan