awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akui pakej penyelamat ekonomi EU perit

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2013
23:55 MYT
Akui pakej penyelamat ekonomi EU perit
Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades menyifatkan pakej penyelamat ekonomi yang dilaksana amat perit tetapi memberi kesan baik ke atas negara itu. Kenyataan berkenaan dibuat dalam siaran televisyen ke seluruh negara. Beliau yang baru dilantik sebagai peneraju Cyprus, menjelaskan tindakan berkenaan amat penting bagi mengelak daripada bankrup. Anastasiades yakin dengan suntikan yang diterima, ia mampu memperbaiki dan menyelamat ekonominya terutama dalam memulih semula sistem perbankan. Bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan memperkenal sekatan modal bagi mengelak aliran wang sebaik bank dibuka pada minggu ini. Bagaimanapun kaedah yang diguna pakai hanya bersifat sementara. Langkah berkenaan dibuat selepas menteri menteri kewangan zon Euro bersetuju melaksanakan perjanjian dana bantuan 10 bilion euro kepada Cyprus bagi mengelak kejatuhan sistem perbankan negara itu. Ini bermakna cukai 10 % kepada pendeposit di dua bank gergasi Cyprus akan turut dilaksanakan. Kesan krsis perbankan Cyrpus mula dirasai apabila ‘Bank Of Cyprus’ mula mengetatkan kadar pengeluaran kepada hanya 120 euro sehari. Sementara bank laiki mengetatkan pengeluaran kepada hanya 100 euro sehari. Dengan bank yang ditutup serta perniagaan yang hanya menerima tunai ia memberi tekanan hebat kepada rakyat Cyprus.
Topic Berkaitan
#Bank Of Cyprus
#Nicos Anastasiades
#Presiden Cyprus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan