awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alaska Airlines temukan banyak bolt longgar pada pesawat Boeing MAX 9

Bernama
Bernama
24/01/2024
10:56 MYT
Alaska Airlines temukan banyak bolt longgar pada pesawat Boeing MAX 9
Alaska Airlines membatalkan beberapa penerbangan melibatkan pesawat Boeing 737 MAX 9 selepas panel pada kabin sebuah jet tercabut semasa penerbangan Alaska Airlines awal bulan ini, memaksa pesawat mendarat cemas. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Pemeriksaan dalaman yang dilakukan Alaska Airlines ke atas pesawat Boeing 737 MAX 9 miliknya menemukan banyak bolt longgar pada jet itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ben Minicucci pada Selasa.
"Saya lebih daripada kesal dan kecewa, saya marah. Perkara ini berlaku kepada Alaska Airlines. Ini berlaku kepada tetamu kami dan berlaku kepada kakitangan kami.
"Permintaan saya kepada Boeing ialah apa yang mereka akan lakukan untuk meningkatkan program kualiti dalaman mereka," kata Minicucci semasa bercakap dengan saluran media Amerika Syarikat (AS) NBC.
Sebelum ini, Alaska Airlines membatalkan beberapa penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX 9 selepas panel pada kabin sebuah jet tercabut semasa penerbangan Alaska Airlines awal bulan ini, memaksa pesawat mendarat cemas.
Susulan kejadian itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengarahkan semua pesawat Boeing MAX 9 digantung operasinya dan melancarkan siasatan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alaska Airlines
#Boeing 737 Max 9
#bolt longgar
#Ben Minicucci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan